Thursday, May 7, 2009

Yuran Kolej di Salah Sebuah IPTA di Malaysia Naik 100%? Betulkah? Wajarkah?

Apa kena dengan puhak pengurusan IPTA ni? Sampai tahap nak naikkan yuran kolej sampai 100%. Tak ke rasa tindakan drastik ni akan membebankan pelajarnya? Semua orang tahu yang pelajar² ni bukan semua yang berketurunan orang yang berada. Kebanyakannya dari golongan kelas menengah. Apa motif sebenar pihak IPTA ni? Dalam salah satu surat khabar muda di negara tersebut terpampang yang mereka (pihak pengurusan IPTA) ingin menaikannya atas alasan ingin menyelaraskan yuran bagi semua kolej yang terdapat dalam IPTA tersebut. Walaupun masih berada dalam fasa pertama, tapi gagasan ni dah bagi satu impak yang sangat besar. Tambahan lagi isu ni dah jadi buah mulut semua penghuni kolej terutamanya pelajar² dan pihak pengurusan kolej.

Wacana ringkas ni bukan nak kondem semata² tapi nak bagi cadangan gak kat pihak pengurusan IPTA ni. Misalnya, naikkan yuran ni secara berperingkat supaya kesannya taklah terasa sangat. Walaupun ada kewajaran untuk naikkan yuran tu tapi janganla terlau drastik sampai tahap akan bebankan pelajar. Lagipun, duit PTPTN yang pelajar dapat pun bukannya banyak sangat. Makanan pulak mahal². Takkanla nak ikat perut semata² nak langsaikan yuran kolej. Tu belum masuk duit yuran pengajian lagi. Mau RM2,000 abis kat yuran je. Rasa²la kan, boleh ke pelajar nak hidup dengan baki duit yang cuma dalam RM 1,200 je? Tu belum tolak duit aktiviti sepanjang semester lagi tu. Takkanla pelajar IPTA nak banting tulang kerja sambilan kat luar kot. Masa belajar kenala belajar. Sambil² tu cari input dalam organisasi supaya senang nak dapat kerja bila dah terima ijazah nanti. Kalau ada pihak yang berkenanan terbaca, mintak sumbangan tuan/puan untuk nilai balik cadangan nak naikkan yuran tu. Sekurang²nya carila jalan yang terbaik supaya tak bebankan mana² pihak terutamanya pelajar. TQ & TC..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.