Thursday, May 7, 2009

Jangan Tipu Kami Lagi!

Fenomena politik memang selalu panas. Tak kira dalam dewan, apatah lagi luar dewan, lagila menjadi². Kat akhbar jangan cakapla. Penuh. Tapi hari ni saya nak bongkar satu rahsia yang mungkin ada sebahagian daripada pembaca artikel ringkas ini dah sedia maklum mahupun yang belum tahu lagi. Dipendekkan cerita, seorang pengurus kolej IPTS di sebuah daerah di Selangor pernah menyatakan bahawa anak² buahnya (pelajar kolej IPTS itu) selalu diupah untuk menyamar menjadi pihak pembangkang. Caranya mudah. Pakai baju pembangkang, pastu wat kecoh, vandalisme, pukul orang dan macam² lagila. Tujuannya untuk tunjukkan pembangkang ni jahat. Padahal tu semua taktik kotor UMNO je. Pelik betulla. Naik raih undi tapi sanggup jatuhkan maruah orang lain. Tula namaya politik. Mula² masa pengurus tu bagitau rasa cam tak caya gak. Tapi bila pikir balik, watpa pengurus tu nak tipu saya. Tak dapat apa pun kalu dia tipu. Dosa lagi adala. Bagi pembaca yang baru tau benda ni, tolong hati² bila mengundi. Bak kata pujangga “Raja Adil Raja Kusembah, Raja Zalim Raja Kusanggah”.

Yuran Kolej di Salah Sebuah IPTA di Malaysia Naik 100%? Betulkah? Wajarkah?

Apa kena dengan puhak pengurusan IPTA ni? Sampai tahap nak naikkan yuran kolej sampai 100%. Tak ke rasa tindakan drastik ni akan membebankan pelajarnya? Semua orang tahu yang pelajar² ni bukan semua yang berketurunan orang yang berada. Kebanyakannya dari golongan kelas menengah. Apa motif sebenar pihak IPTA ni? Dalam salah satu surat khabar muda di negara tersebut terpampang yang mereka (pihak pengurusan IPTA) ingin menaikannya atas alasan ingin menyelaraskan yuran bagi semua kolej yang terdapat dalam IPTA tersebut. Walaupun masih berada dalam fasa pertama, tapi gagasan ni dah bagi satu impak yang sangat besar. Tambahan lagi isu ni dah jadi buah mulut semua penghuni kolej terutamanya pelajar² dan pihak pengurusan kolej.

Wacana ringkas ni bukan nak kondem semata² tapi nak bagi cadangan gak kat pihak pengurusan IPTA ni. Misalnya, naikkan yuran ni secara berperingkat supaya kesannya taklah terasa sangat. Walaupun ada kewajaran untuk naikkan yuran tu tapi janganla terlau drastik sampai tahap akan bebankan pelajar. Lagipun, duit PTPTN yang pelajar dapat pun bukannya banyak sangat. Makanan pulak mahal². Takkanla nak ikat perut semata² nak langsaikan yuran kolej. Tu belum masuk duit yuran pengajian lagi. Mau RM2,000 abis kat yuran je. Rasa²la kan, boleh ke pelajar nak hidup dengan baki duit yang cuma dalam RM 1,200 je? Tu belum tolak duit aktiviti sepanjang semester lagi tu. Takkanla pelajar IPTA nak banting tulang kerja sambilan kat luar kot. Masa belajar kenala belajar. Sambil² tu cari input dalam organisasi supaya senang nak dapat kerja bila dah terima ijazah nanti. Kalau ada pihak yang berkenanan terbaca, mintak sumbangan tuan/puan untuk nilai balik cadangan nak naikkan yuran tu. Sekurang²nya carila jalan yang terbaik supaya tak bebankan mana² pihak terutamanya pelajar. TQ & TC..